Sunday, January 31, 2016

10 Kesilapan Bisnes Kecil Yang Wajib Dielak


Tuan Norizan Shariff berkongsi 10 KESILAPAN BISNES KECIL ini di lama Facebook page beliau.
Kesilapan #1. Gagal validate idea sebelum buat pelaburan dalam bisnes. Bagaimana validate idea? Buat carian di internet. Tanya mereka di sekeliling, dapatkan pandangan kritikal. Keluarkan produk (atau perkhidmatan) sedikit dan cuba jual, sekiranya ada sambutan barulah buat pelaburan besar.
Kesilapan #2. Gagal buat penyesuaian kepada kehendak pelanggan. Kesilapan paling besar ialah merasakan idea kitalah paling hebat. Apabila pelanggan berikan maklumbalas, kita tutup telinga.
Kesilapan #3. Belum pun bisnes sedia ada stabil, sudah buka bisnes baru. Akhirnya gagal berikan tumpuan. Bisnes permulaan perlukan banyak perhatian.
Kesilapan #4. Beri tumpuan kepada pendapatan (revenue), bukan keuntungan. Pendapatan besar belum tentu untung besar. Adakala wang masuk banyak tetapi bisnes rugi.
Kesilapan #5. Beri terlalu banyak tumpuan kepada pengeluaran sehingga abaikan pemasaran. Malah, melihat pemasaran sebagai kos, bukannya pelaburan.
Kesilapan #6. Melakukan kesemua perkara sendiri dan gagal delegate tugas tersebut dengan anggapan orang lain tidak mampu melakukan sehebat diri sendiri.
Kesilapan #7. Gagal meraikan kejayaan-kejayaan kecil, hanya fokus kepada masalah. Akhirnya, kecewa.
Kesilapan #8. Tenggelam dengan "bekerja" sehingga gagal membangunkan bisnes. Akhirnya, kita jadi pekerja, bukan usahawan.
Kesilapan #9. Bantuan. Bantuan. Bantuan. Kalau asyik bercakap soal bantuan (dan salahkan orang lain kerana kita tak dapat bantuan), baik jangan jadi usahawan.
Kesilapan #10. Terpengaruh dengan statistik sehingga lupa bahawa setiap bisnes adalah unik dan tidak sama. Apabila kita baca 80% bisnes tak menjadi dan bungkus dalam 18 bulan pertama, kita ambil statistik itu untuk justifikasi kenapa kita perlu tutup bisnes sekarang!
.
.
Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan Bin Sharif (NOBISHA) ialah anak kampung, berasal dari keluarga miskin. Sekarang mengabdikan diri untuk memandaikan anak bangsa dan membangunkan negara keusahawanan (entrepreneurial nation), sekaligus menentukan pembangunan yang bersifat inklusif dan merakyat.

Saturday, January 30, 2016

Bina Paint - Syarikat Pengeluar Cat Milik Bumiputra

Rupa-rupanya Bina Paint yang ada iklan Imam Muda Asyraf ni milik bumiputra Muslim. Sama-sama kita sokong bisnes cat orang Islam.
.



SEBAIK menjejak langkah memasuki perkarangan kilang cat milik Bina Paint Industries Sdn Bhd yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, seakan tidak percaya ia adalah sebuah kilang cat.

Apa tidaknya, tiada langsung bau cat yang dihidu seperti yang dibayangkan penulis sebelum sampai ke lokasi tugasan.

Yang kelihatan beberapa mesin cat besar yang sedang beroperasi menghasilkan cat-cat keluaran syarikatnya.

Persekitaran kilang yang juga gudang simpanan cat itu bersih walaupun dipenuhi dengan ribuan tin-tin cat yang menunggu masa untuk diedarkan kepada kedai perkakasan mahupun pembeli.

Kilang ini menghasilkan cat yang tidak mempunyai bau yang kuat dan mendapat pengiktirafan daripada Sirim sebagai produk hijau dan Karbon Foot Print pada 2016 bagi produk kalis airnya.

Bina Paint adalah pengeluar cat milik Bumiputera yang diasaskan oleh Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosli Adam.

Rosli mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam kontraktor yang pakar di dalam bidang kalis air, gelanggang sukan dan tangki air.

Menurutnya, ketika berhadapan dengan era kegawatan ekonomi pada 1997, dia sangat terkesan dengan keadaan ekonomi ketika itu kerana banyak menggunakan bahan-bahan import kalis air dan cat dari negara luar.

Bermula daripada itu, Rosli mendapat idea untuk membuka kilang sendiri dengan menghasilkan produk-produk yang diimportnya di dalam negara.

Pada masa sama, dia melihat potensi yang lebih besar sekiranya produk kalis air dapat dihasilkan di negara sendiri, sekali gus menjimatkan kos.

Dengan bermodalkan RM150,000, Rosli membuka kilang pertamanya di Bandar Baru Bangi pada 2000 yang mengeluarkan produk kalis air.

Produknya itu dilihat mendapat sambutan yang baik dan mendapat banyak projek daripada syarikat tempatan dan agensi kerajaan.

Melihat peluang lebih besar jika mengeluarkan cat sendiri, Rosli meluaskan segmen pengeluarannya dengan menghasilkan cat.

Selepas melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tiga tahun, akhirnya pada 2009, Rosli dapat menghasilkan cat hiasan keluarannya sendiri.

“Kami melakukan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapatkan khidmat nasihat di dalam menghasilkan cat kalis air yang berkualiti.

“Sehingga benar-benar mencapai standard barulah kami yakin untuk mengeluarkan cat itu,” katanya.

Sehingga tahun ini, Bina Paint telah berkecimpung selama tujuh tahun di dalam bidang ini sekali gus berada di pasaran tempatan.

Bina Paint mempunyai tiga kilang cat yang terletak di kawasan berhampiran yang dibelinya pada 2005 dengan harga pasaran ketika itu sebanyak RM450,000 dan selang beberapa tahun, syarikat itu turut membeli sebuah lagi kilang pada 2009 dengan bernilai RM650,000.
Pada 2013, bagi menampung kapasiti yang semakin bertambah, Bina Paint telah membeli satu lagi kilang baharu dengan bernilai RM5.65 juta.

“Kami jangka kilang baharu itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

“Manakala, dua kilang lama akan dijadikan sebagai pusat jualan dan gudang penyimpanan cat,” katanya.

Tembusi 240 kedai perkakasan

Rosli berkata, tujuh tahun dalam industri ini adalah tempoh untuk syarikatnya mengukuhkan jenama di pasaran tempatan.

“Tidak ramai lagi yang tahu tentang cat Bina Paint, kami harap untuk menjalankan aktiviti promosi secara besar-besaran bagi memberikan pendedahan jenama kepada orang ramai.
“Kami harap dalam tempoh 10 tahun Bina Paint telah dikenali setanding dengan jenama antarabangsa yang lain,” katanya.

Tahun ini, Bina Paint akan meneruskan aktiviti promosi dengan membeli papan iklan.
Katanya, selama dua tahun, Bina paint turut membelanjakan sehingga RM75,000 bagi tujuh papan iklan selama dua tahun di kawasan tertentu.

“Ia sememangnya iklan yang berkesan kepada pengukuhan jenama kami,” katanya.
Setakat ini, jualan dan sambutan cat Bina Paint agak menggalakkan dengan menembusi 240 kedai perkakasan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami jangka untuk memasuki 300 kedai perkakasan menjelang akhir tahun ini dan 500 lagi menjelang 2018,” katanya.

Setiap tahun, Bina Paint menjangkakan peningkatan sebanyak 20 peratus menerusi penjualan produk kalis air dan cat serta projek-projek yang diperolehi di seluruh negara.
Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi yang mencabar, Rosli berkata, pihaknya yakin untuk mencapai sasaran jualan RM10 juta tahun ini didorong oleh penambahan kapasiti pengeluaran yang meningkat dan aktiviti eksport yang bermula tahun ini.

Pada 2014, Bina Paint mencatat jualan sebanyak RM4 juta dan RM5.6 juta pada tahun lalu.


Bakal tembusi pasaran luar negara

Apabila kilang baharu itu beroperasi sepenuhnya, ia dijangka mampu menghasilkan sehingga 30,000 liter cat sehari berbanding 5,000 liter sehari bagi kilang sedia ada.
Pengeluaran yang banyak akan membantu mengurangkan kos sekali gus mengurangkan harga bagi kesemua produk keluarannya.

“Kami harap dapat mengurangkan harga produk kepada harga yang jauh lebih berdaya saing,” katanya.

Bermula tahun ini, Rosli akan mengaktifkan aktiviti pemasaran dengan menembusi pasaran luar negara didahului dengan Indonesia.

Sebelum ini, Bina Paint pernah mengeksport produk ke luar negara tetapi di dalam kuantiti yang sedikit di Indonesia dan Sri Lanka.

“Kami jangka untuk memasuki pasaran Indonesia bermula Jun ini. Setakat ini, kami sedang dalam proses perbincangan dengan negara berkenaan.

“Selain itu, kami juga berhasrat memasuki pasaran Myanmar dan Timur Tengah,” katanya.
Mengulas berhubung perkembangan syarikatnya, Rosli berkata, Bina Paint kini ke arah syarikat patuh syariah dan dijangka akan di aplikasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

“Kami kini sudah menggunakan amalan patuh syariah sebanyak 100 peratus dan hanya menunggu pengiktirafannya secara rasmi iaitu ISO 9001:2014.

"Dengan adanya pengiktirafan patuh syariah ini akan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan dan mengikut perkembangan negara yang sedang melaksanakan indeks syariah” katanya.

Bina Paint adalah pengeluar cat bagi cat kalis air, cat gelanggang sukan, cat hiasan dan cat perlindungan setanding jenama cat antarabangsa tetapi dengan harga 10 peratus lebih murah.
.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bina-paint-kukuh-pasaran-tempatan-1.477109

Laman web : http://www.binapaint.com.my/

Facebook Bina Paint: https://www.facebook.com/binapaint/

Facebook owner: http://www.facebook.com/rosli.adam.39

Friday, January 29, 2016

5 Langkah Buat Bisnes Maju Tanpa Perlu Salahkan Orang Lain.


Nota ini saya dapat dari sharing sahabat di Facebook tapi saya dah lupa siapa yang menulisnya.
.
5 LANGKAH BUAT BISNES MAJU TANPA PERLU SALAHKAN ORANG LAIN.
1. Tentukan apakah GOAL kita?
Kita sebenarnya nak apa? Nak jualan berapa? Nak berapa orang datang kedai sehari? Nak berapa ramai ejen atau stokis? Kita nak apa sebenarnya? Bila tarikh untuk capai sasaran kita ini?
2. Tentukan apakah STRATEGI kita?
Bagaimana kita boleh capai GOAL tersebut? tingkatkan marketing? Buat Contest? Buat Limited Offer? Buat Combo Sale? Buat dan banyakkan lagi koleksi terbaru? Apa yang perlu kita buat sampai orang boleh tertarik?
3. Tentukan apakah TAKTIK kita?
Jika pilih limited offer, sampai bila? 24 jam? 3 hari? Seminggu? Jika combo, produk apa yang perlu digabungkan? Berapa beza dengan harga asal? Terhad untuk berapa pakej sahaja? Buat sampai orang 'terpaksa' beli.
4. Tentukan apakah PROSES kita?
Bagaimana nak buat sasaran pelanggan yang kita pilih boleh nampak offer kita tadi? Guna FB? Insta? Web? Youtube? Banner? Banting? Flyers? Bilik guru? Pejabat kerajaan? Pejabat swasta? Sertai karnival? Bagaimana? Berapa budget boleh guna? Bila perlu buat? Tarikh perlu dilaksanakan dari bila sampai bila? Dan siapa ahli pasukan kita yang boleh lakukan tugasan ini?
5. SEMAK dan perbaiki.
Boleh atau tidak capai GOAL yang atas tu? Jika tak boleh, bahagian mana yang perlu diperbaiki? Bahagian strategi, taktik atau proses? Semak semula dan buat sampai GOAL tu betul-betul boleh GOLLL!!
Jadi, perlukah lagi mencari salah siapa atau kita segera perbaiki sahaja sistem bisnes kita dan jalan terus semula? You decide.

Thursday, January 28, 2016

5 Tips Shopping dari Tuan Shamsuddin Kadir



5 tips ini yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir untuk panduan kita bersama.
Kalau nak rasa perubahan diri kita yang lebih ketara, cuba amalkan 5 tips ini secara perlahan-lahan:
1) Cari apa yang ingin dibeli di kedai runcit/ peniaga kecil dahulu
2) Kalau tak ada juga, baru masuk Mall/ Shopping Complex
3) Jangan berlama-lama, atau jangan jadikan Shopping Complex tempat bersiar-siar
4) Sebelum masuk Mall/ Shopping Complex, wajib ada senarai
5) Jangan shopping pada hari orang lain shopping
Apabila persepsi minda kita terhadap Mall/Shopping Complex berubah, insyaAllah, cara kita berbelanja turut berubah. Jom cuba!


Friday, January 15, 2016

Lelaki Ini Nasihatkan Jangan Jadi Owner Produk Kecuali...

Lelaki mana? Lelaki merangkap owner Raffelina Group ini nasihatkan anda agar ada 7 syarat utama di bawah sebelum berhajat untuk ada produk sendiri.

Bagi yang baru mencebur diri didalam perniagaan, jangan diracuni " aku perlu jadi owner produk untuk kaya " .

Benar, dengan menjadi owner produk untungnya lebih besar walaupun mungkin margin nya kecil tetapi kuantitinya tinggi. .

Hanya 7 orang dibawah ini shj yang layak menjadi Owner produk. .

1. Mereka yang telah berjaya menjual ' produk orang lain ' sekurang kurangnya 100 - 500 unit setiap hari secara konsisten. Anda kena ingat, jika dengan menjual produk orang lain yg telah mempunyai demand dan kempen periklanan pon anda susah membuat jualan. Bayangkan bagaimana anda nak pasarkan produk anda nanti?

2. Mereka yang telah mempunyai pengikut atau rangkaian agen/pengedar dari proses jualan 'produk orang lain' sebelum ini. Pertama kerana anda telah mempunyai wakil penjual yg bersedia bersama sama anda menjual produk anda. Dan yg kedua kerana anda sudah mempunyai ilmu untuk membentuk rangkaian pengedar/stokis/agen dibawah anda nanti. Bayangkan jika anda zero knowledge berkenaan ini?

3. Mereka yang sudah betul2 memahami selok belok perniagaan produk kesihatan atau kecantikkan dari segi pemasarannya , maklumatnya, dan undang undang yg berkaitan. Ini penting supaya tidak ada masalah muncul di kemudian hari.

4. Mereka yang bersedia daripada segi mental dan fizikal. Perlu cekal dan berhati keras. Kerana menjadi owner produk tidaklah mudah seperti disangka. Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk setiap perkara yg berkaitan. Dan tidak mudah melenting bila di kutuk atau di tolak.

5. Mereka yang mempunyai modal. Tidak berhutang.

6. Mereka yang mempunyai tahap kebergantungan dan keyakinan kepada Allah adalah 1000%. Perlu yakin, tidak ada yg mustahil dengan izin Allah.

7. Mereka yang mempunyai minda yang sangat positif. Tetapkan niat untuk menjadi owner produk bukan bertujuan untuk berlawan siapa yg lebih hebat. Sucikan kolam jiwa. Buang sebarang perasaan hasad. . .

Tujuan post ini adalah bukan melemahkan semangat atau menghalang, tetapi hanya sekadar nasihat. Anda perlu berusaha menjadi seperti 7 diatas dahulu, kemudian anda sudah cukup hebat untuk menjadi owner produk setaraf Dato Vida atau Dato Aliff. .

Kumpul ilmu dan pengalaman dahulu supaya kita tidak mengalami kerugian nanti. .

Saya doakan semua berjaya di dunia dan akhirat. .


Sumber gambar

Rafie Ramli,
CEO Raffelinna Sdn Bhd
Caliph Kids Expert
Felinna Beauty
Felinna Boutique
Raffel Wholesale

*kongsikan jika bermanfaat