Sunday, October 9, 2016

Tips Untuk Sukses Dalam Dropship

Cikgu Nik
14 julai 2016 - 9.10 pm - NOTA UNTUK ANAK2 DROPSHIP
poknik dok guide anak buah tadi...jadi poknik taip yang ni. Kesian juga tengok anak buah terkial2 nak buat sale, jadi poknik ceritala konsep ni pada diorang.
sebenarnya, kalau nak dapat jualan, kita jangan menjual. takpelah.. kawan2 baca nota poknik ni. mungkin dapat membantu bisnes kawan2 semua.
==============================================
pagi tadi saya spend masa sejam skodeng profile kawan2 yang dok buat macam2 projek ni. Kebanyakan fb yang dok meniaga ni saya buat see first sebab saya nak tahu perkembangan.
saya sebenarnya dah seminggu x buka fb atau baca fb sebab agak sibuk uruskan prospek bila ads jalan.
sekarang ads dah tutup. jadi saya tengok balik fb dan tengok balik perkembangan kawan2
kesimpulan saya
tuan tuan bermasalah seperti ini
1. tuan tuan akan dapati ramai friend request tuan tuan tidak bersambut
2. engagement akan rendah, orang x respon dan orang x like post tuan2
3. tuan tuan nampak kekeringan idea nak post dekat profile
apa patut tuan buat?
1. tuan tuan patut beri nilai
2. tuan tuan tolonglah berhenti jadi salesman kat profile
3. tuan tuan perlu menjadi pengguna paling baik produk sendiri
untuk buat 3 perkara ini, apa patut tuan tuan post?
untuk beri nilai, untuk tidak jadi salesman, untuk jadi pengguna terbaik, tuan tuan perlu mewujudkan post post begini....
UNTUK POST BERI NILAI
1. tolong study mengenai niche tuan tuan. Tuan2 sekarang berada dalam niche beauty, jadi tuan tuan kena posisikan diri sebagai pakar beauty - BUKAN BERLAKON PAKAR dengan copy paste semberono
2. teknik copy paste sudah tidak berkesan sekarang ini
3. Tuan2 x boleh malas. Tuan tuan kena rajin jadi content writer - tolong tulis sendiri dan taip sendiri. Kalau x pandai menaip sendiri , tuan tuan x akan mampu bina follower.
dalam dunia bisnes, follower adalah hampir segala galanya.
4.Sila rajinkan diri taip ARTIKEL untuk profile tuan tuan. Jadilah seperi seorang penulis sebenar, buat research, cari info dan cuba olah jadi satu artikel yang baik. Buat sehabis baik - peringkat awal tuan tuan buat artikel tu... artikel tuan tuan tu akan jadi artikel GRED D.
takpe, jangan berhenti menulis dengan cara yang betul.
cara yang betul ialah 
i. buat reseearch
ii. susun info betul betul
iii. tulis artikel yang memberi nilai.
hanya artikel yang original sebegini akan mempunyai kuasa untuk jadi viral. Bila ia viral, sekejap aje tuan2 boleh penuh 5000 friends.
tapi untuk ia viral, mungkin tuan2 perlu menulis sampai 100 atau 1000 artikel baru tuan tuan akan mampu menulis dengan begitu berseni.
kenapa? dah rasa berat? - kalau rasa berat jangan berniaga. berniaga ni bukan senang. Tuan tuan dah selalu sangat di gula gulakan dengan cerita indah dunia berniaga. Diorang memang akan cerita yang seronok2 supaya diorang boleh dapatkan ejen dan jual ebook.
mana ada orang yang xde cabaran boleh meniaga denan senang2
BERHENTI JADI SALESMAN di page
cukup2 lah buat hard selling tu tuan2. Tuan2 add friend sana sini... pastu bila orang tengok profile.. penuh dengan hard selling. Testimoni la, copywriting la, macam2 yang menunjukkan tuan tuan ni dok menjual.
berhenti menjual, jadi pakar... nanti satu hari nanti tuan tuan akan dapati inbox tuan tuan tak henti henti orang mintak tuan tuan rekomen produk.
PLEASE UNDERSTAND. NO HARD SELLING KALAU NAK CARI FRIEND
positionkan diri sebagai pakar. tolong orang yang ada masalah kulit. bagi solution. diorang ni yang akan bawakkan friend untuk tuan tuan.
ini sangat basic. semua orang faham
punca kenapa orang tak buat benda yang patut buat ialah kerana 2 perkara
1, tak sabar
2. malas.
come on la... kerja kuat sikit ok. Jangan tidur awal selama 2-3 tahun bina bisness. Bukannya 2-3 tahun dok jual barang. banyak beza tu.
percayalah cakap saya, jangan jadi salesman, jadilah orang yang akan tolong orang cari penyelesaian masalah kulit.
takde idea nak tulis apa?
pergi kedai buku beli ENSAIKLOPEDIA KECANTIKAN - berapa sangat aje harga pun. dah pun ada modal untuk buat updates untuk 4-5 tahun akan datang
JADI PENGGUNA TERBAIK UNTUK PRODUK SENDIRI
awal2 dulu saya ada maklumkan pada tuan2 supaya
1. ambik gambar produk bila sampai
buat post update cakap la apa harapan tuan2 denagn produk ni. apa masalah kulit tuan2, bagaimana produk ini dapat bantu tuan2 atasi masalah tu.
2. ambik gambar video.. buka bungkusan, buat produk review. cerita la trial pack tu ada apa, setiap satu bahan tu boleh buat apa, bagaimana pakai dia
3. buat journal. letak tarikh dan apa buat hari tu
14 julai 2016- hari pertama aku pakai produk ni... bla bla bla
buat tiap tiap hari sampai produk tu habis.
jangan jual. SHARE pengalaman. tak paya ada CTA bagai. tak payah hard selling. orang yang akan bersusun nak beli.
itu konsep marketing. People WANT to buy products. sebab manusia memang suka membeli. Tapi people HATE salesman.
people love to buy, but hate to be sold
ini lah nota saya selepas saya skodeng wall fb tuan tuan pagi tadi.
tuan tuan sibuk menjual, tuan tuan lupa nak bina bisnes.
tugas tuan tuan ialah bina bisnes,. Bukan menjual. Kalau tuan tuan nak menjual, pergi kerja sebagai promoter kat supermarket. boleh jual hari hari... tapi x bina bisnes
tuan tuan yang saya muliakan...
GOOD LUCK!!!
P/S: kalau saya ada salah cakap, poknik minta maaf ye.. poknik taip sekali lalu aje... x edit, x cek. straight from the heart.
poknik doakan tuan tuan diberi kekuatan.
bisnes bukan sesenang seperti yang dicanangkan dalam fb tau. Ramai yang cakap sale berdesup2 tu sebenarnya xde sale pun. gebang aje lebih.
jangan innocent sangat percaya semua cakap orang heheheheh.

Wednesday, October 5, 2016

CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN FESYEN MUSLIMAH - Kamarul Karim, ZAWARA

CABARAN DALAM DUNIA PERNIAGAAN FESYEN MUSLIMAH.
.
Sebagai founder & CEO kepada syarikat ZAWARA, yang berkecimpung dalam industri fesyen, ramai yang bertanya saya tentang industri fesyen terkini, cabaran yang dihadapi, terutama industri fesyen muslimah menjelang kemelesetan ekonomi. 
.
Dalam coretan ringkas ini saya harap ia bermanfaat untuk pembaca, terutama anak muda yang cenderung kearah industri fesyen. Semua fakta ini hanyalah pendapat peribadi saya berdasarkan pengalaman sebagai pemerhati industri & trend fesyen antarabangsa ketika bertugas sebagai juruterbang mengelilingi dunia dan kemudian berniaga sepenuh masa, menceburi industri fesyen bersama-sama rakan kongsi dan juga adik saya Fadilla Karim. Pada tahun 2012, kami menubuhkan ZAWARA sebagai pusat fesyen atas talian dan berkembang membuka sehingga 20 butik seluruh Malaysia. 
.
Pada tahun 2015, ZAWARA menjadi online shopping site yang ke-5 terbanyak di carian google Malaysia serta menjadi contoh success story oleh pihak Facebook HQ di California, Amerika.
.
Memulakan perniagaan fesyen, khususnya fesyen muslimah adalah sangat menarik dan mampu memberi pulangan lumayan tetapi ia datang dengan banyak cabaran & masalah. Dalam industri fashion, seperti industri lain, kejayaan tidak kekal. Bak kata Heidi Klum: “One Day You're In & the Next Day You're Out” Oleh itu untuk mengekalkan kejayaan, syarikat fashion perlu "struggle" untuk sentiasa memastikan kejayaan berterusan.
.
Ini adalah 10 CABARAN DALAM INDUSTRI FESYEN:
.
1. MODAL: 
Untuk memulakan sesuatu jenama sendiri, modal adalah agak besar. Kos melibatkan pembelian bahan, produksi, penjenamaan & pemasaran dan tentu sekali kos untuk mewujudkan pusat jualan seperti butik menelan belanja yang tinggi. Pihak bank atau institusi kewangan jarang memberi pembiayaan perniagaan fesyen terutama kepada perniagaan baru kerana kadar kegagalan yang sangat tinggi dalam industri ini secara global. Oleh itu, bermula kecil-kecilan secara online atau menjadi ejen kepada jenama sedia ada adalah satu langkah bijak kerana banyak yang akan anda pelajari. Ilmu pengalaman sendiri ini adalah amat berharga dan tidak boleh didapati di mana-mana institusi pengajian ataupun seminar.
.
2. PENINGKATAN KOS PRODUKSI:
Hampir semua bahan yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu pakaian atau tudung itu diimport dari luar Negara. Dengan nilai ringgit yang amat lemah, ia menjadikan kos menghasilkan sesuatu pakaian itu semakin tinggi. Persaingan sengit membuatkan harga runcit tidak boleh menjadi terlalu tinggi, mengakibatkan kadar keuntungan yang sangat rendah jika gagal menjual pada harga premium. Kos-kos lain seperti pekerja, sewa serta kos operasi lain menjadi cabaran getir industri ini. Dalam kegawatan ekonomi serta inflasi, pelanggan akan memilih jenama lain yang lebih murah apabila produk anda menjadi terlalu mahal untuk mereka.
.
3. PASARAN TERHAD:
Pasaran fesyen muslimah adalah terhad, tidak luas. Fesyen muslimah yang dihasilkan di Malaysia adalah mengikut trend permintaan pengguna Muslimah di Malaysia. Jika fesyen kita dibawa ke Indonesia, mereka rasa kebanyakan fesyen kita tidak menepati trend fesyen muslimah Indonesia. Ya betul! Walaupun mereka juga muslimah, tetapi cara fesyen di sana berbeza. Begitu juga ke Negara timur tengah atau untuk muslimah di Eropah. Gaya fesyen muslimah setiap negara berbeza. Bayangkan untuk Malaysia sahaja, anda terhad kepada segmen ini: WANITA > MUSLIMAH > BERHIJAB > YANG MEMINATI JENIS REKAAN ANDA. Citarasa berbeza-beza dan tidak mungkin anda dapat menghasilkan atau menjual pelbagai jenis produk untuk semua citarasa pengguna muslimah. Jika anda berkategori fesyen bukan muslimah pula, anda akan bersaing dengan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang mempunyai dana yang amat besar sehingga mampu menjual produk dibawah kos untuk tujuan promosi serta pengumpulan database untuk tujuan perniagaan kewangan yang lain seperti untuk mengapungkan syarikat ke bursa saham atau penjualan syarikat. 
.
4. PEMASARAN: 
Pemasaran dalam industri fesyen adalah antara strategi pemasaran industri yang paling sukar. Cara pemasaran sentiasa berubah pantas. Ia perlu menjadi menarik serta kos pemasaran makin menjadi tinggi. Dengan kadar keuntungan yang rendah, kesilapan dalam strategi pemasaran boleh melenyapkan perniagaan anda dengan pantas sekali. Kewujudan produk atau jenama anda di media cetak tidak lagi begitu berkesan seperti dulu, apatah lagi kalau ia merupakan iklan. Kos pemasaran di Facebook serta Google dan lain-lain menjadi semakin tinggi berbanding dulu. Pemasaran viral adalah antara yang paling murah dan efektif, tetapi untuk viralkan sesuatu perniagaan adalah sukar. Netizen tidak suka viralkan sesuatu yang positive atau berbau promosi produk. Kos pemasaran berterusan untuk fesyen adalah tinggi kerana produk berubah-ubah terlalu kerap, tidak seperti pemasaran produk makanan atau restoran yang jauh lebih mudah dan rendah.
.
5. PENGURUSAN PERMINTAAN:
Tiada satu pun jenama fesyen di dunia kini boleh meramalkan permintaan dengan tepat, termasuklah jenama antarabangsa seperti ZARA, H&M serta UNIQLO. Apa yang kita sangka akan menjadi hit, kadangkala tidak laku, menyebabkan lambakan stok dan cairan tunai anda tersangkut. Sebaliknya apa yang kita ramal kurang mendapat tempat tiba-tiba menjadi sangat laku dan anda tidak cukup stok untuk menjual untuk meraih keuntungan maksimum. Masa produksi yang agak lama, membataskan produksi semula. Peredaran trend yang sangat pantas kini, membuatkan trend yang “panas” beberapa minggu lepas, menjadi suam hari ini. 
.
6. TARIKH LUPUT FESYEN:
Ramai yang sering berkata bahawa dalam fesyen tidak seperti industi makanan takde tarikh luput. Sangkaan ini salah! Walaupun kesannya tak seperti makanan, trend yang telah “expired” akan menyebabkan peniaga sukar mencairkan stok dalam inventori, lalu ia terpaksa dijual pada harga yang rendah. Peniaga yang mampu bertahan dari segi kewangan mungkin tidak begitu tertekan, tetapi jika anda memerlukan kecairan tunai untuk meneruskan operasi perniagaan, langkah ini tidak boleh dielakkan.
.
7. REKAAN FESYEN: 
Untuk memastikan syarikat fesyen anda berterusan, anda terpaksa sentiasa mengeluarkan rekaan baru sentiasa. Untuk mendapatkan rekaan yang hebat adalah sukar. Dalam merekacipta serta menghasilkan pakaian, banyak risiko mungkin berlaku. Setiap koleksi adalah risiko yang tinggi. Kesilapan teknikal sering berlaku dan ini adalah biasa. Hanya 1 kesilapan kecil ini mungkin menyebabkan syarikat anda lingkup! Trend terkini adalah meniru sahaja jenama antarabangsa yang rekaan mereka memang menawan dan membuat manipulasi gambar menggunakan Adobe photoshop & illustrator. Senario ini membuatkan permintaan terhadap fesyen designer menjadi semakin kurang, terutama bagi syarikat yang ingin menjimat kos. Teknologi mudah ini juga menyebabkan produk anda yang laku dengan mudahnya diciplak oleh pesaing lain menggunakan teknik serupa di atas.
.
8. PERSAINGAN:
Ini adalah satu isu yang sangat kompleks. Dalam industri ini, persaingan amat diperlukan untuk memangkinkan permintaan serta industri. Begitu juga kerana fakta bahawa tidak ada syarikat yang boleh menyediakan semua yang dikehendaki oleh pelanggan. ZAWARA sebagai contoh sangat memerlukan persaingan, dimana sales akan jatuh jika pesaing berhampiran tutup kedai. Bukti yang jelas adalah tempat dimana terdapat banyak persaingan dalam pilihan jenama busana muslimah, di situ menjadi tumpuan kepada pelanggan. Akan tetapi jika produk anda tidak mampu bersaing, anda akan kehilangan pelanggan yang banyak mengakibatkan anda boleh gulung tikar.
.
9. CIPLAK & PENIRUAN:
Ciplak & peniruan adalah isu biasa di dalam industri fesyen & amat sukar dibendung. Ini disebabkan oleh undang-undang sedia ada yang menyukarkan proses saman dari sudut teknikal serta kos yang amat tinggi untuk menyaman. Tidak banyak boleh dilakukan untuk membendung isu ini kecuali pilihan pengguna itu sendiri.
.
10. PENGUASAAN KEWANGAN:
Dalam industri fesyen, penguasaan ilmu kewangan serta kemahiran pengurusan adalah jauh lebih penting dari sudut rekaan fesyen itu sendiri. Perlu diingat, faktor kejayaan utama syarikat fesyen antara bangsa seperti Top Shop, Louis Vuitton dan lain-lain adalah melalui proses pengambilalihan syarikat serta kepakaran kewangan. Walaupun ada, namun jarang sekali fesyen designer berjaya dalam industri fesyen kerana faktor ini. Pereka fesyen antarabangsa seperti Marc Jacobs, La Perla dan Alexander Mc Queen, mereka semua telah bankrap & nama mereka di beli oleh syarikat korporate yang besar sebagai jenama fesyen yang tidak dimilik oleh pereka-pereka fesyen tersebut.
.
.
RUMUSAN ANALISA INDUSTRI FESYEN
.
Dalam perniagaan fesyen, ketika ekonomi mantap, pengguna akan berlumba-lumba mendapatkan busana terkini setiap minggu bagi kelihatan updated. Malah ada juga yang membeli tetapi tak pakai pun. Fesyen menjadi kehendak bukan keperluan. Ini memangkin industi fesyen secara positif.
.
Ketika ekonomi meleset, selera pembeli akan berkurangan. Fesyen bertukar menjadi keperluan dan bukan lagi kehendak. Pembeli akan membeli hanya jika ia rasa perlu. Bila keadaan ini berlaku, strategi pengurusan perniagaan serta aliran tunai yang mantap adalah penting untuk terus berada di pentas industri fesyen. 
.
Industri fesyen tidak akan mati, tetapi akan sentiasa berada seperti "roller coaster". 
.
Perubahan strategi perlu sentiasa dilakukan bagi sentiasa kekal releven. 
.
Bagi yang berminat untuk menceburi dalam industri fesyen, wajib tahu cabaran ini agar bersedia menempuh industri yang amat menarik ini dengan lebih bersedia.
.
Captain Kamarul Karim 
Founder Of ZAWARA & ZAWARA Coffee
.
Jika bermanfaat, Sila SHARE.

Monday, February 1, 2016

Video - The Inspiring Life Story Of Alibaba Founder Jack Ma


Dia adalah Jack Ma founder dari Alibaba[dot]com Jika Anda ikut terinspirasi, silakan share video ini agar bermanfaat untuk banyak orang.

Antara intipati menarik:

"Jika adik beradik anda, teman2 anda, dan orang2 yang anda paling sayang tidak percaya pada apa yang anda buat, itu tidak penting. Yang paling penting adalah, anda kena percaya pada diri anda dahulu"
"Di mana ada orang mengeluh, di situ ada peluang yang sangat besar"
"Aset terbaik dalam hidup adalah umur yang muda"
"Jangan komplen, biar orang lain komplen. Teruskan cita2 anda"

Sunday, January 31, 2016

10 Kesilapan Bisnes Kecil Yang Wajib Dielak


Tuan Norizan Shariff berkongsi 10 KESILAPAN BISNES KECIL ini di lama Facebook page beliau.
Kesilapan #1. Gagal validate idea sebelum buat pelaburan dalam bisnes. Bagaimana validate idea? Buat carian di internet. Tanya mereka di sekeliling, dapatkan pandangan kritikal. Keluarkan produk (atau perkhidmatan) sedikit dan cuba jual, sekiranya ada sambutan barulah buat pelaburan besar.
Kesilapan #2. Gagal buat penyesuaian kepada kehendak pelanggan. Kesilapan paling besar ialah merasakan idea kitalah paling hebat. Apabila pelanggan berikan maklumbalas, kita tutup telinga.
Kesilapan #3. Belum pun bisnes sedia ada stabil, sudah buka bisnes baru. Akhirnya gagal berikan tumpuan. Bisnes permulaan perlukan banyak perhatian.
Kesilapan #4. Beri tumpuan kepada pendapatan (revenue), bukan keuntungan. Pendapatan besar belum tentu untung besar. Adakala wang masuk banyak tetapi bisnes rugi.
Kesilapan #5. Beri terlalu banyak tumpuan kepada pengeluaran sehingga abaikan pemasaran. Malah, melihat pemasaran sebagai kos, bukannya pelaburan.
Kesilapan #6. Melakukan kesemua perkara sendiri dan gagal delegate tugas tersebut dengan anggapan orang lain tidak mampu melakukan sehebat diri sendiri.
Kesilapan #7. Gagal meraikan kejayaan-kejayaan kecil, hanya fokus kepada masalah. Akhirnya, kecewa.
Kesilapan #8. Tenggelam dengan "bekerja" sehingga gagal membangunkan bisnes. Akhirnya, kita jadi pekerja, bukan usahawan.
Kesilapan #9. Bantuan. Bantuan. Bantuan. Kalau asyik bercakap soal bantuan (dan salahkan orang lain kerana kita tak dapat bantuan), baik jangan jadi usahawan.
Kesilapan #10. Terpengaruh dengan statistik sehingga lupa bahawa setiap bisnes adalah unik dan tidak sama. Apabila kita baca 80% bisnes tak menjadi dan bungkus dalam 18 bulan pertama, kita ambil statistik itu untuk justifikasi kenapa kita perlu tutup bisnes sekarang!
.
.
Pengarah Eksekutif INSKEN, Norizan Bin Sharif (NOBISHA) ialah anak kampung, berasal dari keluarga miskin. Sekarang mengabdikan diri untuk memandaikan anak bangsa dan membangunkan negara keusahawanan (entrepreneurial nation), sekaligus menentukan pembangunan yang bersifat inklusif dan merakyat.

Saturday, January 30, 2016

Bina Paint - Syarikat Pengeluar Cat Milik Bumiputra

Rupa-rupanya Bina Paint yang ada iklan Imam Muda Asyraf ni milik bumiputra Muslim. Sama-sama kita sokong bisnes cat orang Islam.
.



SEBAIK menjejak langkah memasuki perkarangan kilang cat milik Bina Paint Industries Sdn Bhd yang terletak di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, seakan tidak percaya ia adalah sebuah kilang cat.

Apa tidaknya, tiada langsung bau cat yang dihidu seperti yang dibayangkan penulis sebelum sampai ke lokasi tugasan.

Yang kelihatan beberapa mesin cat besar yang sedang beroperasi menghasilkan cat-cat keluaran syarikatnya.

Persekitaran kilang yang juga gudang simpanan cat itu bersih walaupun dipenuhi dengan ribuan tin-tin cat yang menunggu masa untuk diedarkan kepada kedai perkakasan mahupun pembeli.

Kilang ini menghasilkan cat yang tidak mempunyai bau yang kuat dan mendapat pengiktirafan daripada Sirim sebagai produk hijau dan Karbon Foot Print pada 2016 bagi produk kalis airnya.

Bina Paint adalah pengeluar cat milik Bumiputera yang diasaskan oleh Pengerusi dan juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rosli Adam.

Rosli mempunyai pengalaman selama 15 tahun di dalam kontraktor yang pakar di dalam bidang kalis air, gelanggang sukan dan tangki air.

Menurutnya, ketika berhadapan dengan era kegawatan ekonomi pada 1997, dia sangat terkesan dengan keadaan ekonomi ketika itu kerana banyak menggunakan bahan-bahan import kalis air dan cat dari negara luar.

Bermula daripada itu, Rosli mendapat idea untuk membuka kilang sendiri dengan menghasilkan produk-produk yang diimportnya di dalam negara.

Pada masa sama, dia melihat potensi yang lebih besar sekiranya produk kalis air dapat dihasilkan di negara sendiri, sekali gus menjimatkan kos.

Dengan bermodalkan RM150,000, Rosli membuka kilang pertamanya di Bandar Baru Bangi pada 2000 yang mengeluarkan produk kalis air.

Produknya itu dilihat mendapat sambutan yang baik dan mendapat banyak projek daripada syarikat tempatan dan agensi kerajaan.

Melihat peluang lebih besar jika mengeluarkan cat sendiri, Rosli meluaskan segmen pengeluarannya dengan menghasilkan cat.

Selepas melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) selama hampir tiga tahun, akhirnya pada 2009, Rosli dapat menghasilkan cat hiasan keluarannya sendiri.

“Kami melakukan kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mendapatkan khidmat nasihat di dalam menghasilkan cat kalis air yang berkualiti.

“Sehingga benar-benar mencapai standard barulah kami yakin untuk mengeluarkan cat itu,” katanya.

Sehingga tahun ini, Bina Paint telah berkecimpung selama tujuh tahun di dalam bidang ini sekali gus berada di pasaran tempatan.

Bina Paint mempunyai tiga kilang cat yang terletak di kawasan berhampiran yang dibelinya pada 2005 dengan harga pasaran ketika itu sebanyak RM450,000 dan selang beberapa tahun, syarikat itu turut membeli sebuah lagi kilang pada 2009 dengan bernilai RM650,000.
Pada 2013, bagi menampung kapasiti yang semakin bertambah, Bina Paint telah membeli satu lagi kilang baharu dengan bernilai RM5.65 juta.

“Kami jangka kilang baharu itu akan beroperasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

“Manakala, dua kilang lama akan dijadikan sebagai pusat jualan dan gudang penyimpanan cat,” katanya.

Tembusi 240 kedai perkakasan

Rosli berkata, tujuh tahun dalam industri ini adalah tempoh untuk syarikatnya mengukuhkan jenama di pasaran tempatan.

“Tidak ramai lagi yang tahu tentang cat Bina Paint, kami harap untuk menjalankan aktiviti promosi secara besar-besaran bagi memberikan pendedahan jenama kepada orang ramai.
“Kami harap dalam tempoh 10 tahun Bina Paint telah dikenali setanding dengan jenama antarabangsa yang lain,” katanya.

Tahun ini, Bina Paint akan meneruskan aktiviti promosi dengan membeli papan iklan.
Katanya, selama dua tahun, Bina paint turut membelanjakan sehingga RM75,000 bagi tujuh papan iklan selama dua tahun di kawasan tertentu.

“Ia sememangnya iklan yang berkesan kepada pengukuhan jenama kami,” katanya.
Setakat ini, jualan dan sambutan cat Bina Paint agak menggalakkan dengan menembusi 240 kedai perkakasan di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak.

“Kami jangka untuk memasuki 300 kedai perkakasan menjelang akhir tahun ini dan 500 lagi menjelang 2018,” katanya.

Setiap tahun, Bina Paint menjangkakan peningkatan sebanyak 20 peratus menerusi penjualan produk kalis air dan cat serta projek-projek yang diperolehi di seluruh negara.
Walaupun berhadapan dengan cabaran ekonomi yang mencabar, Rosli berkata, pihaknya yakin untuk mencapai sasaran jualan RM10 juta tahun ini didorong oleh penambahan kapasiti pengeluaran yang meningkat dan aktiviti eksport yang bermula tahun ini.

Pada 2014, Bina Paint mencatat jualan sebanyak RM4 juta dan RM5.6 juta pada tahun lalu.


Bakal tembusi pasaran luar negara

Apabila kilang baharu itu beroperasi sepenuhnya, ia dijangka mampu menghasilkan sehingga 30,000 liter cat sehari berbanding 5,000 liter sehari bagi kilang sedia ada.
Pengeluaran yang banyak akan membantu mengurangkan kos sekali gus mengurangkan harga bagi kesemua produk keluarannya.

“Kami harap dapat mengurangkan harga produk kepada harga yang jauh lebih berdaya saing,” katanya.

Bermula tahun ini, Rosli akan mengaktifkan aktiviti pemasaran dengan menembusi pasaran luar negara didahului dengan Indonesia.

Sebelum ini, Bina Paint pernah mengeksport produk ke luar negara tetapi di dalam kuantiti yang sedikit di Indonesia dan Sri Lanka.

“Kami jangka untuk memasuki pasaran Indonesia bermula Jun ini. Setakat ini, kami sedang dalam proses perbincangan dengan negara berkenaan.

“Selain itu, kami juga berhasrat memasuki pasaran Myanmar dan Timur Tengah,” katanya.
Mengulas berhubung perkembangan syarikatnya, Rosli berkata, Bina Paint kini ke arah syarikat patuh syariah dan dijangka akan di aplikasi sepenuhnya menjelang pertengahan tahun ini.

“Kami kini sudah menggunakan amalan patuh syariah sebanyak 100 peratus dan hanya menunggu pengiktirafannya secara rasmi iaitu ISO 9001:2014.

"Dengan adanya pengiktirafan patuh syariah ini akan memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada pelanggan dan mengikut perkembangan negara yang sedang melaksanakan indeks syariah” katanya.

Bina Paint adalah pengeluar cat bagi cat kalis air, cat gelanggang sukan, cat hiasan dan cat perlindungan setanding jenama cat antarabangsa tetapi dengan harga 10 peratus lebih murah.
.

Sumber : http://www.sinarharian.com.my/bisnes/bina-paint-kukuh-pasaran-tempatan-1.477109

Laman web : http://www.binapaint.com.my/

Facebook Bina Paint: https://www.facebook.com/binapaint/

Facebook owner: http://www.facebook.com/rosli.adam.39

Friday, January 29, 2016

5 Langkah Buat Bisnes Maju Tanpa Perlu Salahkan Orang Lain.


Nota ini saya dapat dari sharing sahabat di Facebook tapi saya dah lupa siapa yang menulisnya.
.
5 LANGKAH BUAT BISNES MAJU TANPA PERLU SALAHKAN ORANG LAIN.
1. Tentukan apakah GOAL kita?
Kita sebenarnya nak apa? Nak jualan berapa? Nak berapa orang datang kedai sehari? Nak berapa ramai ejen atau stokis? Kita nak apa sebenarnya? Bila tarikh untuk capai sasaran kita ini?
2. Tentukan apakah STRATEGI kita?
Bagaimana kita boleh capai GOAL tersebut? tingkatkan marketing? Buat Contest? Buat Limited Offer? Buat Combo Sale? Buat dan banyakkan lagi koleksi terbaru? Apa yang perlu kita buat sampai orang boleh tertarik?
3. Tentukan apakah TAKTIK kita?
Jika pilih limited offer, sampai bila? 24 jam? 3 hari? Seminggu? Jika combo, produk apa yang perlu digabungkan? Berapa beza dengan harga asal? Terhad untuk berapa pakej sahaja? Buat sampai orang 'terpaksa' beli.
4. Tentukan apakah PROSES kita?
Bagaimana nak buat sasaran pelanggan yang kita pilih boleh nampak offer kita tadi? Guna FB? Insta? Web? Youtube? Banner? Banting? Flyers? Bilik guru? Pejabat kerajaan? Pejabat swasta? Sertai karnival? Bagaimana? Berapa budget boleh guna? Bila perlu buat? Tarikh perlu dilaksanakan dari bila sampai bila? Dan siapa ahli pasukan kita yang boleh lakukan tugasan ini?
5. SEMAK dan perbaiki.
Boleh atau tidak capai GOAL yang atas tu? Jika tak boleh, bahagian mana yang perlu diperbaiki? Bahagian strategi, taktik atau proses? Semak semula dan buat sampai GOAL tu betul-betul boleh GOLLL!!
Jadi, perlukah lagi mencari salah siapa atau kita segera perbaiki sahaja sistem bisnes kita dan jalan terus semula? You decide.

Thursday, January 28, 2016

5 Tips Shopping dari Tuan Shamsuddin Kadir



5 tips ini yang dikongsikan oleh Tuan Shamsuddin Kadir untuk panduan kita bersama.
Kalau nak rasa perubahan diri kita yang lebih ketara, cuba amalkan 5 tips ini secara perlahan-lahan:
1) Cari apa yang ingin dibeli di kedai runcit/ peniaga kecil dahulu
2) Kalau tak ada juga, baru masuk Mall/ Shopping Complex
3) Jangan berlama-lama, atau jangan jadikan Shopping Complex tempat bersiar-siar
4) Sebelum masuk Mall/ Shopping Complex, wajib ada senarai
5) Jangan shopping pada hari orang lain shopping
Apabila persepsi minda kita terhadap Mall/Shopping Complex berubah, insyaAllah, cara kita berbelanja turut berubah. Jom cuba!