Saturday, December 19, 2015

Rayani Air Syarikat Penerbangan Patuh Syariah Pertama Di Malaysia

Kita biasa dengar tentang pelaburan patuh syariah, bisnes patuh syariah, MLM patuh syariah, pakaian patuh syariah. Kali ini ada syraikat penerbangan patuh syariah pula. Aha..ia bukan MAS apatah lagi Air Asia. Yang ini syarikat baru yang diberi nama Rayani Air.



Ringkasan cerita tentang Rayani Air:

1. Berpangkalan di Langkawi.

2. Menyediakan perkhidmatan penerbangan domestik melibatkan lima lokasi iaitu Langkawi, KLIA2, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

3. Mewajibkan anak kapal kami yang beragama Islam untuk berpakaian menutup aurat dan kepada yang bukan beragama Islam untuk memakai secara sopan.

4. Polisi syarikat iaitu 'tiada alkohol' dan menyediakan makanan yang halal.

5. Bacaan doa dibuat setiap kali sebelum memulakan penerbangan.

6. Rayani Air bukan penerbangan kos rendah mahupun penerbangan jenis hibrid. Ia penerbangan perkhidmatan penuh (full service) seperti MAS. Pesawat  menyediakan 16 tempat duduk kelas bisnes dan 128 kelas ekonomi.

Jom kasi try naik dan alami perbezaannya. Asyik naik MAS dan Air Asia je, cuba yang baru ni pulak. Bolehlah tulis pengalaman naik flight Rayani Air nanti.

Sopan dan solehah tak? Dah bergetar tulang rusuk kiri? Hehe


Sumber gambar : Facebook Rayani Air http://www.facebook.com/RayaniAir/